Posts

Showing posts from June, 2011

Lebuh Aceh Pulau Pinang

Image
Gambar ini aku snap menggunakan Samsung Galaxy Ace aku..Boleh tahan la kualiti gambar..Aku dan 3 orang sahabat aku saja datang melawat Lebuh Aceh ini selepas kami makan malam di Nasi Kandar Hamidiah...Seingat aku Lebuh Aceh ini merupakan tempat yang dipenuhi homeless yang tidur di persisiran jalan, bawah tangga dan mana-mana tempat yang mereka dapat berteduh..Tapi tahun ini aku rasa macam tak percaya setelah hampir 5 tahun aku tak pergi kat area Lebuh Aceh tu.. Ini gambar depan masjid jamek di kawasan Lebuh Aceh...Sejuk dan damai jer bila aku jejak kaki dalam Masjid ini

[[Aku Dan]] Cermin Van Pecah

Image
Kisah nih berlaku pada minggu lepas...ketika aku dan kawan-kawan aku dalam perjalanan menuju Sepang untuk menghadiri Kursus Keusahawan Multimedia Kreatif. Pada mulanya memang la takda apa pon atas highway tu...Secara tiba2 cermin van pecah..Mungkin akibat tenaga kinetik yang dihasilkan oleh batu kecil yang jatuh dari lori. Nih masa dah sampai kat sepang...Berhenti kat kedai Repair kereta kat Area Salak Lama..Memusing jugak la aku cari dengan Amet kedai repair kereta....Hahahah sempat pulak aku muntah lagi tu...

Aku, Dia Dan Volkswagen

Image
Dengar nama pun aku dah naik seram...hehehehe..cerita ini takda kena mengena dengan aku pon. Dan adalah ditegaskan bahawasanya itu adalah satu tajuk komik dari majalah Ujang pada satu ketika dulunya. Kartunisnya Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar. Dan ke mana menghilangnya En Ubi ini aku tak tahu. Blog dia pon dah lama tak aktif. Mungkin merajuk dengan keadaan semasa di Malaysia ini.

Piramid Melayu di Lautan Jepun

Image
  PIRAMID MELAYU TERSEMBUNYI DI LAUTAN JEPUN Based on Japan's Mysterious Pyramid s (Yonaguni)-History Channel Writter :  MistisFiles  Editor/Photo :  MacJay.Net [Kali terakhir disunting pada 30/4/2011. Turut disertakan beberapa informasi baru.] Tidak lama dahulu, beberapa pengkaji telah menjumpai satu kaum yang tinggal di tepi sebuah tasik di pedalaman Jepun. Kaum ini begitu jauh dari pembangunan dan masih mengamalkan cara hidup tradisional. Bahasa kaum ini tidak mampu difahami oleh para pengkaji tersebut dan bahasa mereka tidak pula punya persamaan dengan bahasa Jepun mahupun bahasa-bahasa sekitar. Namun anehnya, para pengkaji tersebut mengesan tiga perkataan yang memungkinkan hubungan mereka dengan satu bangsa lain. Perkataan itu adalah  :  mata, batu  dan  air .

Rasa kena baiki penggunaan bahasa nih

Image
Macam mana nak baca bahasa nih...? sapa tahu..? Halamak, bila aku mula rajin membaca blog-blog orang lain, secara tiba-tiba aku rasakan bahasa yang aku gunakan dalam blog aku amat teruk sekali. Kadang kala aku yang baca sendiri pun tidak memahami apa yang aku cuba sampaikan di sini. Bila aku baca balik penulisan aku dalam blog ini, aku sendiri ketawa, sebab aku punya pelat/loghat utara punya la dasat.  

Rokok...? Kena tengok tempat la nak merokok...

Image
Ehem...Assalamualaikum, kabare semua, macam mana sesat jawa plak dah nih. Huhuhuh, tadi baru baca enteri oleh Cik Luna Lanun bertajuk Padan Muka! Ada Jugak Yang Nak Kena Kompoun RM200 Lepas Ni.  Entiri ini berkisahkan tempat2 yang dilarang merokok di bawah Seksyen 11(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2005. Nak merokok tu tengok tempat ler...

Minyak Enjin Ultraman....?

Image
Gambar ini aku tangkap masa aku pergi berkursus di Bagan Lalang kat area Selangor, tapi kedai ini aku tak jumpa la kat Bagan Lalang tu, aku jumpang kat area Ampang. Macam mana aku sampai ke area Ampang...? jangan tanya, kalau suh aku cari sekali lagi kedai ini memang aku tak jumpa dah. Ini adalah keluarga ultraman...hahahaha...bagi hangpa kenal dulu, dari Father Of Ultra... Gambaq kat bawah nih tak lengkap la..malas nak cari yang lengkap....ini kira intro la dulu....

Medicom Kamen Rider Black

Image
Ini antara koleksi yang pernah aku miliki dari Medicom RAH [Real Action Hero] Kamen Rider Black atau lebih dikenali namanya di Malaysia sebagai Suria Perkasa Hitam. Suria perkasa hitam tu....ini aku bagi gambaran secara bersebelahan....

Kecewakah aku....?

Image
Sudah bertahun lamanya aku berbakti kepada jabatan yang aku bekerja sekarang, dah nak menghampiri 7 tahun aku rasakan. 7 tahun tu bukan satu jangka masa yang pendek, kalo ada anak, dah masuk darjah 1 sekolah rendah anak aku tu. Tapi apakan daya aku, status aku di jabatan ini masih lagi KONTRAK . Aku tak tahu apa salahku pada jabatan ini. Mahu saja aku ikutkan hatiku pergi meluru masuk ke bilik pengarah, bertanyakan punca yang sebenar. Namun kewarasan fikiran aku melarang aku melakukan demikian. Laut menjadi tempat aku melepaskan kegeraman, bukan menjerit macam orang selalu buat, tapi dengan melihat sejauh mana mata aku mampu memandang, ia dapat menenangkan hati aku yang sedang lara. Lokasi di Gurney Drive