Rasa kena baiki penggunaan bahasa nih
Macam mana nak baca bahasa nih...? sapa tahu..? |
Halamak, bila aku mula rajin membaca blog-blog orang lain, secara tiba-tiba aku rasakan bahasa yang aku gunakan dalam blog aku amat teruk sekali. Kadang kala aku yang baca sendiri pun tidak memahami apa yang aku cuba sampaikan di sini. Bila aku baca balik penulisan aku dalam blog ini, aku sendiri ketawa, sebab aku punya pelat/loghat utara punya la dasat.
Oleh kerana itu enteri ini aku cuba sebaik mungkin menggunakan Bahasa Melayu baku. Sekali nak taip 2 perenggan ini makan masa sampai 15 minit. Kalau aku guna loghat, tak sampai pon 5 minit. Sebab aku nak kena susun kata-kata aku dalam blog ini.
Lagi satu aku malas nak tulis pasal enteri menarik kerana komputer aku ada orang lain guna, takkan kita nak suruh dia cari komputer lain pulak. Tidak mengapa, petang ni aku masih lagi boleh masukkan enteri aku yang bergambar. Gambar-gambar yang aku snap, selama aku menggunakan HP Sony Ericsson K770I. Perjalanan aku selama 3 tahun bersama HP tu.
tulis la camna pun janji orang paham apa yang hang cerita..;p
ReplyDeletejgn risau pasal bahasa tulis je ikut loghat kedah cam aku kihkihkih..janji maksud sampai noh...blog ni ibarat diari kita..blog ni kita yang punya hahahahahaha
ReplyDeletebaik..terima kasih...
ReplyDelete