Kejadian dalam library

Tadi pada jam 10.00 pagi la, aku masuk dalam library seorang diri untuk membaca surat khabar hari ini. Ketika aku sedang selak selai-selai mencari berita yang best untuk di baca, Masuk la Abang Din dalam library tu bersama Hafaz. Sambil2 dok membaca tu sempat pulak mencelah menyembang.


Abang Din : Hangpa tengok paper hari ini. Cerita semua tak masuk akai, kisah pasal saman menyaman, kisah bunuh, rogol, orang mati, eksiden. Semua berita tak baik...jarang yang nak gembirakan


Hafaz : Sebab tu aku sakit hati baca surat khabar. (sambil menyelak paper)


Akuma : Saya baca pasal nak tengok komik dan gambar jer.


Abang Din : Weh hang tengok harga toge hari nih murah tu, 99 sen jer sekilo kat Giant


Kemudian, kejadian terus berlalu dengan diorang bersembang pasal harga barang la plaks, Aku tak masuk campur pasal aku tak amek peduli sangat dengan harga barang kat malaysia nih. Bukan bahagian kerja aku la, tu MID punya kerja.

Hafaz : Aku sakit hati la dok beli makanan kat Bazaar ramadhan kat umah aku tu.

Akuma : Awat la...?

Hafaz : Aku beli ikan pari bakaq sekoq hari ahad hari tu, ingat nak wat bukak posa la kat umah, bini aku tak masuk. Semua beli ja hari tu. Aleh nak makan time bukak, dengan isi dalam merah lagi (mentah la tu) aku punya hangat hati. Hari isnin jugak aku p hamput tukang jual tu.


Abang Din : Sama la macam aku, beli kat bazaar rumah aku, simpan la wat makan sahur nanti dalam peti ais, pagi tu siap dengan berbuih lagi kuahnya. Dengan bau sampai satu rumah terus.

Aku dok terfikir dalam hati, yang dok jual nih nak bagi orang makan ker apa..? Sebab tu la aku tak pernah beli lauk2 kat bazaar tu, baik aku masak sendiri lagi sedap dari depa makan, bak kata ayah aku la depa nih buat makanan dengan kaki ka...? Serius la, tahun nih baru sekali ja aku p bazaar ramadhan, tu pon kat Bandar Perda. Dalam Masjid plaks tu. Yang nih plaks satu hal, bazaar ramadhan dalam masjid satu, yang dok menjual dengan membeli tu. Alamakkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!! siap dengan seksi2 lagi....Woiiii!!!! Tak hormat ker...Fedap la aku dengan hangpa... Tak reti respek ker kawasan masjid..? KEr memang tak belajar ka...? semak la...

Aku Masuk tak sampai 15 minit pastu aku belah pasal aku sakit hati dengan orang yang dok mai. Lagi pon takda benda yang menarik perhatian aku pon kat bazaar tu. wat apa nak bazir duit.

Aik, macam mana la dari cerita library lari ker citer bazaar ramadhan ni, kompius terus aku

Comments

  1. ahahaha..hang ni lawak la..punya jauh pusing..


    aku tak suka p bazar. sekian!

    ReplyDelete
  2. wahh nanti aku balik penang nak g bazar perda tu tengok gadis2 seksi..bukan ape nk nasihat dorang kihkih

    ReplyDelete
  3. ngahhahhahahaa.. perkembangan yang baik utk blog encik joe.. entry yang punya cerita dan ayat yang mudah difahami.. hehehhee.. [walaupun ada jugak typo.. dah jadi trademark kot typo?]

    aku pun tak beli apa lagi kat pasar ramadhan taun nie.. malas semak2, ramai2 orang..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aku, Dia Dan Volkswagen

Minyak Enjin Ultraman....?

Lebuh Aceh Pulau Pinang