Sedikit masa lagi...............

Ketika aku sedari, wajahmu sentiasa bermain dimindaku
Hatiku terasa bahagia
Biarpun aku agak malu dengan perasaan ini


Kerana aku takut untuk menyatakan perasaanku
Biarpun sudah lama aku pedamkan
Tidak dapat dikau membaca dari raut wajahku ini
Terasa seperti kita kawan biasa

Namun, permainan ini mula menyeksa hatiku ini
Aku tidak mampu lagi bertahan

Sedetik lagi aku ingin mendampingi hatimu
Aku harapkan saat itu takkan berakhir
Ya Allah Ya Tuhanku, Berikanku kekuatan

Bila daku seorang diri, fikiranku sentiasa bermain dengan hatiku
Meracuni hatiku tentang dirimu
Aku perlu berani tampil untuk menyatakan perasaanku

Jika aku tidak seperti yang engkau kenali,
Hatiku sedang dipenuhi oleh kabus
Tidak tahu mana arah tuju

Bulan cerah menyinari malam yang sepi
Aku tidak mampu untuk mencari keberanian
Hanya mampu tersenyum dari jauh

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aku, Dia Dan Volkswagen

Minyak Enjin Ultraman....?

Lebuh Aceh Pulau Pinang