1 kisah dlm filem p.Ramli

Kisah guru

10 misteri kebaikan Cikgu Shaari berbanding satu keburukan yang sering kita perkatakan...

1.Walaupun Cikgu Shaari tidur dalam kelas tetapi dia masih memberi tugasan kepada murid.
* cikgu kini bukan saja takat tidor kadang2 tak masuk kelas pun.

2.Walaupun guru besar memarahi Cikgu Shaari tetapi dia tidak memarahinya dihadapan murid sebaliknya di bilik guru besar.
* sekarang kita sering mendengar seorang guru dimarahi oleh guru besar didepan murid.

3.Guru besar dan Cikgu Shaari saling hormat menghormati antara satu sama lain.
* guru sekarang tidak saling menghormati antara satu sama lain akibat pengaruh harta kuasa dan ego masing2.

4.Cikgu Shaari sanggup meninggalkan kerjaya sambilan sebagai pemuzik demi tanggungjawab sebagai guru.
* guru sekarang sanggup abaikan kerjaya demi mencari pendapatan lebih.

5.Cikgu Shaari sentiasa berdisiplin dan kemas semasa berada di sekolah.
* guru sekarang tidak lagi menghiraukan etika berpakain semasa berada di sekolah.

6.Semasa meninggalkan bilik mesyuarat dia sempat berpesan bahawa dia akan akur apa keputusan mesyuarat.
* guru sekarang akan membantah sekiranya sebarang keputusan tidak disukainya.

7.Cikgu Shaari merupakan seorang yang setia dan menghormati masa.
* kebanyakkan guru kini tidak pentingkan masa dan setia pada tugas.

8.Sebelum pergi ke sekolah dia hanya minum secawan kopi dan sebiji pisang sarapan yang seimbang pada waktu pagi.
* guru sekarang suka mengambil sarapan yang berat diwaktu pagi dan banyak menghabiskan masa di kedai kopi @ kantin.

9.Cikgu Shaari tidak pernah membawa masalah rumahtangganya  ke sekolah.
*guru sekarang terbawa2 masalah di rumah ke sekolah yg jadi mangsanya adalah murid.

10.Akhirnya Cikgu Shaari menjadi guru yang berjaya..mana tidaknya di akhir cerita dia menjadi guru besar.

Walaupun satu keburukan yang hanya kita nampak...tetapi banyak mesteri pengajaran yg.perlu kita ambil...itulah masej sebenarnya yang hendak disampaikan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee kepada generasi kini.

Itulah dia Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Falsafah dan karyanya mendahului zamannya.

#SELAMAT HARI GURU 2016.

Aku rasa tu la tajuk yang aku rasa sesuai untuk blog aku kali nih. Aku tak peduli apa orang nak kata pada aku lepas ini. Aku rasa kita kat malaysia nih layak untuk komplen cerita2 yang ditayang di kaca tv.
Tetiba hampir 4 tahun aku tinggalkan blog ini aku kembali membukanya. Sebab utama adalah bila Lan mula bercerita tentang blog2 yang kami buat masa time kegilaan blogging. Dan satu lagi tak tentu arah aku pergi ushar2 blog membe aku Shada. Lama jgk la dia tak pos enteri baru dlm blog dia tu,

Banyak dah berlaku selama 4 tahun yang berlalu tu, Aku sudah berumah tangga. Benda yang mungkin aku rasa aku takkan dapat lakukan sebab aku amatlah malu dengan perempuan. Isteriku adalah seorang wanita yang aku kenali masa aku belajar di Negeri 9. Aku bahagia sekarang. Kisah2 lama aku dulu aku still ingat macam mana ditolak oleh wanita. Sebab aku jenis direct tanya nak kawen ke tak. Sebab aku rasa bercinta masa sebelum kawen, nak kenal hati budi nih lambat sangat makan masa. 

Tu nampak ambe shake hand ngan tok kadi tu.
Sebenarnya aku slalu taip blog cerita yang berpusing. Dari utara ke selatan, Takda kena mengena antara satu sama lain. Aku menaip apa saja yang bermain di minda ini.

Pernah tak, ada dalam situasi ni??

= Bawa mak ayah gi klinik, mak ayah bayar sendiri sebab kita pun tak mampu nak tolong bayar..sedangkan dari kecil mak ayah yang bayarkan bil kita..kadang terpaksa meminjam...ada yang sampai sekarang masih mengharapkan mak ayah yang bayar..

= Bawa mak ayah gi pasar malam / supermarket..mak ayah bayar sendiri..sedangkan dari kecil lagi mak ayah yang turuti apa yang kita nak sampai abaikan keinginan sendiri..

= Mak ayah pegang pape tapi kita buat tak tahu, sebab nanti short duit belanja kita..dulu, berguling2 kita berontak nak juga sesuatu tu..

= Nak keluar makan takut nak pelawa mak ayah sekali sebab nanti kena bayar lebih..padahal dulu kita menangis2 nak kfc mak ayah terpaksa ikat perut waktu kerja sebab terguna duit belanja...

= Nak balik kampung melawat mak ayah pun tak mampu sebab kos minyak, tol dan belanja di kampung..padahal dulu nak ke mana pun mak ayah sanggup pinjam kereta, sanggup naik turun bas bawa kita berjalan..

= Waktu balik kampung tak hulur wang belanja padahal dari sekolah mak ayah la yang bagi duit blanja..

Tak payah cakap bab memberi..sampai dah kahwin dah ada anak pun masih meminta pada mak ayah...itu saya dulu..waktu seronok, waktu senang..insan pertama yang kita cari ialah pasangan kita..rai kan bersama...tapi waktu susah, waktu musibah insan pertama yang kita cari ialah mak ayah...

Mak ayah kita tak pernah berfikir 2kali untuk beli atau berbuat sesuatu untuk kita walaupun dia pun takda waktu tu...tak pernah sebut dan bagi alasan ..semuanya ditelan..kalau cakap takut kita rasa serba salah nak minta tolong...sedangkan kita sekarang mak ayah minta sikit..panjang berjela pnerangan kita..untuk itu ini...

Persoalannya BILA???? Kita nak mampu beri balik..bukan soal wang..sikit atau banyak sebab mereka bukan mengharapkan kemewahan tapi pemberian dari insan bergelar anak walaupun sikit...ingat, setiap kali alasan yang kita beri..umur mak ayah kita makin meningkat dan mereka takda masa yang banyak untuk tunggu kita "mampu"...dan bagi mereka yang sudah tiada mak ayah..ia bukan alasan untuk kita berenti memberi pada mereka..

»renungan dan ingatan untuk terus kuat buat diri "sendiri" dan mereka yang saya sayang...(masih banyak yang harus diperbetulkan..janji untuk jadi yang terbaik dan beri yang terbaik buat mereka)

Setiap orang ingin disayangi dan ingin menyayangi. Namun ada kalanya kita menjadi keliru dan was was terhadap perasaan seseorang itu. Mungkin kita juga ada menyimpan perasaan terhadap seseoramg itu namun kita tidak tahu bagaimana pula perasaan si dia terhadap kita yang dianggap selama ni hanya sebagai kawan.
Dalam hati tertanya-tanya bahawa.. “Dia ni ambil berat terhadap diriku ni adakah disebabkan sayang atau inginkan sesuatu benda daripada diri ku???”
Mungkin aku bukan seorang blogger yang serius..kerana aku telah tinggalkan blog aku bersawang selama 2 tahun lebih kurang. Sebab2nya, aku takda komputer kat opis aku, umah aku takda tenet. Dulu harap broadband pon. tapi memang aku tak leh nak blah.

hari ini dengan secara tiba2 selepas aku balik kerja…parking kereta kat luar, salin baju, tanya mak "Mak nak makan roti John ker?" dan aku pon berlalu membonceng motosikal EX5 aku ke bazar ramadhan Tasek Gelugor…