5 TANDA SI DIA BETUL BETUL SAYANG

Setiap orang ingin disayangi dan ingin menyayangi. Namun ada kalanya kita menjadi keliru dan was was terhadap perasaan seseorang itu. Mungkin kita juga ada menyimpan perasaan terhadap seseoramg itu namun kita tidak tahu bagaimana pula perasaan si dia terhadap kita yang dianggap selama ni hanya sebagai kawan.
Dalam hati tertanya-tanya bahawa.. “Dia ni ambil berat terhadap diriku ni adakah disebabkan sayang atau inginkan sesuatu benda daripada diri ku???”

5 TANDA SI DIA BETUL BETUL SAYANG
1) Ambil Berat
Si dia mula sentiasa bertanya khabar dan mula menunjukkan yang dia ingin mengambil berat terhadap diri kita. Contohnya, tanyakan kita dah makan ke belum, setiap pagi si dia akan ucapkan selamat pagi serta doa yang baik baik untuk kita dan apabila kita ingin lakukan sesuatu, si dia akan sentiasa berikan kata-kata semangat kepada kita. Ini merupakan satu permulaan yang menunjukkan si dia betul betul sayang terhadap diri kita.
2) Pandangan Mata
Hal ini berlaku apabila kita sedang bercakap dan si dia akan memandang tepat ke arah mata kita menandakan si dia benar benar ingin tahu dan ingin dengar dengan teliti segala percakapan yang dihujahkan oleh kita. Oleh sebab itu, jangan panik bila mata kita bertentangan dengan dirinya, bak kata orang lain, dari mata turun ke hati.
3) Gerak Geri Tubuh
Bukan susah untuk melihat gerak geri tubuh dan tindakkan seseorang itu terutamanya bagi kaum lelaki. Kalau seseorang lelaki itu sudah jatuh cinta dan menyayangi seseorang perempuan itu, dia akan mudah memberikan gerak tubuh yang berbeza dari kebiasaannya. Contohnya ketika berbual, tubuhnya akan betul betul berhadapan dengan seseorang perempuan itu dan sentiasa ingin berjalan dekat dengan kamu.
4) Soalan Personal
Untuk mengenali kita dengan lebih rapat, dia akan mula ajukan beberapa soalan tentang diri kita seperti hal keluarga kita, hal masalah kita sekiranya dia dapat kesan segala masalah kita yang terpaksa kita harungi seorang diri dan macam-macam lagi.
5) Menerima Seadanya
Petunjuk yang ini adalah tanda yang sangat penting untuk mengenal pasti si dia benar benar sayangkan kita. Si dia dapat menerima keburukkan dan kekurangan yang terdapat dalam diri kita. Dia sentiasa ada dengan kita, membantu kita dan membimbing kita tanpa putud asa walaupun kita telah melakukan masalah yang sangat besar. Kalau kita jumpa dengan orang sebegini, janganlah lepaskan dia demi mencari yang lebih sempurna. Semestinya kita sukar untuk berjumpa dengan orang yang sebegini lagi

Comments

Popular posts from this blog

Aku, Dia Dan Volkswagen

4 Tahun Sudah