[[Aku Dan]] Kerja

Sekarang dah nak masuk 7 tahun aku bekerja di Jabatan aku sekarang dan masih lagi berstatuskan kontrak. Aku rasa kalau aku kawen masa aku masuk kerja kat sini, anak aku dah nak masuk darjah satu dah sekolah. Berapa lama la aku sudah menanti peluang yang tak bisa kunjung tiba. Aku rasa kesabaran aku sudah menghampiri kemuncaknya. Berapa lama lagi aku boleh tahan...?

Segelas teh tarik ketika waktu hujan, termenung aku mengenangkan nasibku yang tak ke mana.



Aku dah mencuba segalanya untuk mendapatkan status tetap dijabatan. Tapi setelah lama aku berkhidmat dalam Jabatan ini, aku rasakan status tetap itu hanya pada nama saja. Aku lihatkan pegawai-pegawai yang tetap kerap kali tiada di pejabat ini. Ke mana menghilang aku pon tak tahu. Tapi tidak semua berperangai sedemikian, hanya segelintir golongan saja.

Orang kata rugi kalau kita berhenti kerja dari sektor kerajaan, namun aku rasa tak rugi. Dulu, kalau kawan-kawan kita berhenti dari sektor kerajaan, kita akan mengatakan betapa bodohnya dia, tapi bila bekerja di sektor kerajaan, kita tahu kenapa dia berhenti dari bekerja dengan kerajaan. [[Birokrasi]]




Keindahan malam menjadi peneman pon telah meninggalkan aku, kini sibuk dengan projek DLipan. Nak diikutkan rasa malas ini. Letih dari pagi otak dan tenaga dikerah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Jam 7.00 Malam pulak ke Alpha Ace One sampai jam 11.00 malam. Aku rasa seperti rumahku menjadi tempat untuk mandi dan tidur sahaja, tiada lain dari itu. Ya orang akan kata kita susah dulu weh, lepas tu senang. Tapi senang tak nampak macam mana nak susah dulu. Orang memang pandai berkata-kata. Aku cuma mahu meluahkan perasaan saja.

Kerja sampai bila pon tak habis, kita kena pandai menggunakan masa untuk berehat

Comments

  1. SABO LE WEH..NASEB BELOM KAWEN..KALO DAH KAWEN SEBOK CMTU MASA UNTUK ANAK BINI PUN TERABAI..MERAJOK PULAK BINI..KATA DIPINGGIRKAN..;P

    ReplyDelete
  2. kalo ada binik tu kira kerap la aku cuti....

    ReplyDelete
  3. sabo joe.. sabo.. org hebat mmg ujian dia berat skit.. :')
    [ mcm marah kat aku ja.... :'( ]

    ReplyDelete
  4. apa yang aku dapat kalao aku marah padamu la...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aku, Dia Dan Volkswagen

4 Tahun Sudah