Aku, Dia Dan Volkswagen

Dengar nama pun aku dah naik seram...hehehehe..cerita ini takda kena mengena dengan aku pon. Dan adalah ditegaskan bahawasanya itu adalah satu tajuk komik dari majalah Ujang pada satu ketika dulunya. Kartunisnya Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar. Dan ke mana menghilangnya En Ubi ini aku tak tahu. Blog dia pon dah lama tak aktif. Mungkin merajuk dengan keadaan semasa di Malaysia ini.




Yeah...Dan aku akui bahawasanya memang cerita ini yang paling aku minat time kumpul majalah Ujang dulu..nama pon aku dah tak ingat dah...Tapi kisah tu ingat la skit2..mengisahkan seorang remaja lelaki, Ubi yang jatuh hati dengan gadis yang lebih berusia daripadanya iaitu Zurina...Memiliki sebuah volkswagen kuning..Aku tak berapa nak ingat sebab mengalami amnesia..hahaha takda la..dulu masa budak2 mana ada duit nak beli majalah ujang. Aku pon dok cari koleksi dia nih..Tak jumpa lagi la plaks sampai hari ini.





Tapi sayangnya cerita ini tiada penghujungnya kerana kartunis Ubi berhenti dari Moy Production dan karya Aku, Dia Dan Volkswagen ini adalah dibawah hak cipta Moy Publication, so memang kita takkan tahu la macam mana kesudahan cerita ini. Sayang sekali, seperti kawan aku pernah cakap, kadang kala, bakat baru ini mudah kecewa di separuh jalan kerana masalah2 yang tak dapat dielakkan.

Okay, sekarang aku ceritakan kenapa aku suka dengan cerita ini...Dulu masa aku pindah ke Pulau Pinang ini, adalah anak jiran aku yang agak cun, memang lebih tua dari aku. Tapi dia takda Volkswagen macam si Zurina ni. Dan aku rasa macam ada kena mengena la cerita ini dengan hidup aku. Sebab tu aku sukakan cerita ini. Sekarang Awek tu pon dah kawen, dah dapat anak. Kalo tunggu aku sekali pon sampai sekarang " Apa Pun Takda"



Aku rasa ini la karya yang ada kesinambungan dengan cerita ADV tu...Atas sebab Hak Cipta, En Ubi kena la cipta nama lain dari yang asal. Komik ini adalah dalam bentuk PDF...dan aku sedang cuba mendownloadkannya...tapi entah la..kat opis nih bukan boleh download pon...Petang nih aku cuba kat tempat lain la plak...nanti aku bagitaw link dia...

Dan Quote ini yang aku suka dari En Ubi...Doa aku semoga En. Ubi dapat mencari semangat supaya terus berkarya. Masih ramai lagi peminat En. Ubi di luar sana yang dahagakan karya En Ubi...



Comments

  1. boleh bagi link komik kat atas tu tak? thanks..

    ReplyDelete
  2. http://supida.blogspot.com/2009/05/aku-dia-dan-test-by-ubi.html

    harap membantu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

4 Tahun Sudah