Kecewakah aku....?

Sudah bertahun lamanya aku berbakti kepada jabatan yang aku bekerja sekarang, dah nak menghampiri 7 tahun aku rasakan. 7 tahun tu bukan satu jangka masa yang pendek, kalo ada anak, dah masuk darjah 1 sekolah rendah anak aku tu. Tapi apakan daya aku, status aku di jabatan ini masih lagi KONTRAK. Aku tak tahu apa salahku pada jabatan ini. Mahu saja aku ikutkan hatiku pergi meluru masuk ke bilik pengarah, bertanyakan punca yang sebenar. Namun kewarasan fikiran aku melarang aku melakukan demikian.

Laut menjadi tempat aku melepaskan kegeraman, bukan menjerit macam orang selalu buat, tapi dengan melihat sejauh mana mata aku mampu memandang, ia dapat menenangkan hati aku yang sedang lara. Lokasi di Gurney Drive

 Mungkin juga salah aku kepada tuhan kerana jarang aku sujud padanya satu ketika dahulu. Ya Allah Ya Tuhan Ku, Ampunkan dosa-dosa silamku. Aku bersalah kepadaMU Ya Allah.

Beberapa hari yang lalu aku telah mendapat berita yang kawan aku bekerja di jabatan yang sama telah mendapat jawatan tetap. Aku hanya mampu bergembira. Selang 2 hari kemudian, rakan sejawat dengan aku telah mendapat surat yang menyatakan dia telah mendapat jawatan tetap. Gamaknya mungkin aku lepas ini, tapi sampai sekarang masih lagi tiada jawapan untuk aku.

Tapi apa boleh buat, orang lain hanya mampu berkata

"Sabarlah weh, nanti turn hang pula"

"Ini dugaan dari Allah kat hang, sabar jer"
"Nanti adalah tu, tunggu sat ja"

Dan ada juga sempat berjenaka.

"Depa bagi ikut seniority tu,"

Aku nak kata kat sini pula, kamu semua tidak berada di tempat aku, agak2 apa yang kamu semua rasakan...? mesti terkancing gigi la nak menjawap jawapan. Namun aku hanya boleh memberikan senyuman, tanda bahawasanya aku masih lagi respon pada mereka. Biarlah apa yang hendak terjadi nanti, Mungkin rezeki aku di Jabatan aku ini setakat bulan 6 nih saja, tapi banyak memori yang aku rasakan menjadi kenagan terindah.

Nota Kaki : Amat senang berkata kepada orang yang memiliki masalah, tapi mampukah kita menyelesaikan masalah beliau...?

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aku, Dia Dan Volkswagen

4 Tahun Sudah