Rokok...? Kena tengok tempat la nak merokok...


Ehem...Assalamualaikum, kabare semua, macam mana sesat jawa plak dah nih. Huhuhuh, tadi baru baca enteri oleh Cik Luna Lanun bertajuk Padan Muka! Ada Jugak Yang Nak Kena Kompoun RM200 Lepas Ni. 
Entiri ini berkisahkan tempat2 yang dilarang merokok di bawah Seksyen 11(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2005. Nak merokok tu tengok tempat ler...



hahahah...tahuker anda berapa banyak bahan kimia dalam rokok tu...? Mengikut kajian yang dilakukan oleh Oleh Yoky Edy Saputra, S.Si Alumni Jurusan Kimia FMIPA Universitas Andalas Padang [sapa pun dia nih aku tak kenal...aku search dalam goole nama dia naik dulu] Menurut beliau ada 4000 bahan kimia dalam rokok [Gilak punya banyak, kagum aku].



Ini berapa banyak aku tak kira, korang kira la sendiri yer, aku sendiri rasa malas nak kira walaupun pada dasarnya memang sikit kat situ. nak lebih lanjut boleh cari kat sini . Macam mana diorang sumbatkan 4000 bahan kimia la dalam rokok tu...kompius jugak, adakah mereka rendamkan dengan bahan kimia itu....berapa lama la nak siap rokok tu...?

La nih aku kekadang dok tengok budak2 dok hisap rokok pon rasa macam nak boh penampar jar, yer la. Bukan marah pasal hisap, tapi skill tu tak btoi...Hahahah aku marah la jugak kat anak2 jiran aku tu. Biarpon aku perokok, tapi aku tak pernah guna duit mak dengan ayah aku untuk beli rokok tau, sendiri punya duit bila kejer nih.

Tapi kekadang orang kata hisap rokok ni pasal gaya jer, nampak macho dan gagah perkasa kot, aku tak tahu nak tulis macam mana lagi la, tapi berdasarkan gambar yang aku dapat nih, aku rasakan boleh kata nampak kacak la plaks James Dean nih.


Kekadang bila kita tengok kartun dari Jepun atau Anime, ada jugak karaakter yang merokok, contohnya dalam cerita One Piece, ada satu watak yang bernama Sanji yang menghisap rokok. Pengaruh semua tu...Btoi ker, ataupun hanya  bergantung kepada minda kita saja....?






Untuk pengatahuan, ini adalah tempat2 yang dilarang merokok......



  • Semua kawasan awam yang tertutup termasuk klinik, hospital, semua pejabat kerajaan, kompleks beli belah, pusat sukan, stadium, pusat kecergasan, gimnasium, dan semua tempat yang berkaitan dengan sukan kecuali pusat hiburan (pub, disko, kelab malam atau kasino). 
  • Semua tempat makan berhawa dingin tetapi ada kelonggaran memperuntukkan satu pertiga daripada restoran untuk ruang makan yang boleh merokok dengan syarat ruang tidak merokok dan merokok diasingkan (berdinding). Selain perlu meletakkan tanda yang jelas, pengusaha dikehendaki memasang alat untuk menyedut keluar asap rokok di ruang makan yang dibolehkan merokok. 
  • Hentian pengangkutan awam (stesen bas, stesen kereta api, lapangan terbang). 
  • Tempat ibadat atau suci (masjid, surau, gereja, kuil). 
  • Kenderaan awam (bas, bas sekolah, kereta api, teksi, LRT dan kapal terbang). 
  • Seluruh kawasan institusi pengajian awam dan swasta (taman asuhan kanak-kanak, tadika, sekolah, pusat pengajian tinggi). 
  • Seluruh kawasan pejabat kerajaan dan tingkat yang mempunyai kaunter perkhidmatan dalam bangunan. 
  • Kawasan digunakan untuk aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian. 
  • Lif dan tandas awam. 
  • Stesen minyak.
Mereka yang melanggar subperaturan (1) seperti senarai di atas dikira sebagai melakukan kesalahan dan jika disabitkan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun. Setakat ini kompoun yang dikenakan ialah RM200 dan perlu dibayar dalam tempoh dua minggu. Kegagalan berbuat demikian, perokok boleh dihadapkan ke mahkamah. Pemilik mana-mana premis perniagaan terutama restoran yang tidak mematuhi peraturan larangan meroko seperti sengaja membenarkan pelanggannya merokok di ruang tidak merokok boleh dikenakan kompoun sebanyak RM400.
 
So pesan aku kepada perokok diluar sana, carilah tempat merokok yang jauh dari orang awam...tempat yang terbuka ker apa ker..Dan pesan kat orang awam, jangan la dok pi duduk kat tempat orang merokok tu lalu memarahi mereka, mereka dah lari jauh dari kamu, pasal pa la p cari mereka plak [pppsstt dah jadi kat aku, sekali makcik tu aku sound daaaaa]

Comments

  1. sila jangan merokok bila anda ada dengan saya..amaran!hahaha..

    ReplyDelete
  2. aku hisap rokok jauh dari hang...tapi hang yang mai dekat aku...salah aku ker...?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aku, Dia Dan Volkswagen

4 Tahun Sudah