Lebuh Aceh Pulau Pinang

Gambar ini aku snap menggunakan Samsung Galaxy Ace aku..Boleh tahan la kualiti gambar..Aku dan 3 orang sahabat aku saja datang melawat Lebuh Aceh ini selepas kami makan malam di Nasi Kandar Hamidiah...Seingat aku Lebuh Aceh ini merupakan tempat yang dipenuhi homeless yang tidur di persisiran jalan, bawah tangga dan mana-mana tempat yang mereka dapat berteduh..Tapi tahun ini aku rasa macam tak percaya setelah hampir 5 tahun aku tak pergi kat area Lebuh Aceh tu..

Ini gambar depan masjid jamek di kawasan Lebuh Aceh...Sejuk dan damai jer bila aku jejak kaki dalam Masjid ini





Dan ini adalah keadaan dalam kawasan Masjid Jamek Lebuh Aceh..saja aku cari posisi yang nampak kata bahawasanya Lebuh Aceh nih kat kawasan Pulau Pinang

Ada korang nampak gambar yang sayu2 tu...yang tu la KOMTAR a.k.a Kompleks Tengku Abdul Rahman kawasan dalam masjid ini agak sempit..aku rasa kalo time Solat Jumaat nih maw penuh jalan kat Lebuh Aceh nih dengan kenderaan orang awam


Ini adalah keadaan kedai yang telah di naik tarafkan...Macam yang diberitahu oleh kawan aku, dulu kawasan belekang kedai ini penuh dengan penempatan setinggan...sekarang dah takda la


Korang jangan la harap kualiti gambar nih cantik...aku memang guna Kamera HP jer...takda la menari tapi rasa macam nostalgia jer tempat kat sini...zaman2 kegelapan aku pernah aku habiskan di sini semasa zaman FNBPP aku..



Macam membe aku kata, tempat ini amat tenang untuk kita berfikir mencari idea, [tapi jangan la duduk sorang2 plak] Boleh dikatakan tempat yang patut dikunjungi jika anda singgah di Pulau Pinang

Comments

  1. huhuhu dah lama tak balik penang....rindunya kt penang..dah pesat membangun penang nie..nyah2 kt padang kota lama berlambak lg ka hahaha

    ReplyDelete
  2. gamaknya takda dah bro..pasal gua dok pergi padang kota ramai sekarang family2 yang datang....tapi tak taw la lu punya area lain tempat

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aku, Dia Dan Volkswagen

4 Tahun Sudah