Interview Kerja

Yeahhhh...Assalamualaikum para pembaca sekalian [Cewah] hari ini saya nak bercerita tentang interview kerja. Sekarang sedang berlangsung proses interview di opis aku untuk jawatan pembantu takbir...Ramai la jugak aku tengok datang tadi, ada dekat 11 orang tak termasuk yang dah kerja dengan Jabatan aku sendiri..Teringat jugak masa mula dulu aku datang interview, perasaan gusar tu tetap ada walaupun dah hafal habis maklumat tentang Jabatan aku ini...
Sebenarnya aku kesian kat orang datang interview nih, bukan apa...Boleh dikatakan semua orang tahu, kalo interview Jabatang Kerajaan nih mesti dah ada orang dalam atau dalam bahasa lebih senang CABLE..Orang kata [termasuk aku] rezeki masing-masing, tapi bagi aku kadang kala rasa tidak adil bagi mereka yang datang jauh semata2 untuk interview yang hanya dipentaskan untuk mengaburi mata masyarakat [wah ayat]

Tapi apa nak buat, dah nasib sekarang macam nih...walaupun PM dah kata tak boleh buat macam tu, masih lagi berlaku benda nih di depan mata masyarakat sekarang...Bayangkan aku yang hampir 6 tahun kerja tapi masih lagi berstatus kontrak, asyik interview jer, mesti tak dapat. Dalam 6 tahun tu 3 tahun pertama aku mintak, tapi alasan aku ditolak kerana aku tak pandai bersukan, Result kamu tak cukup bagus..Hangat hati dengar macam tu...

Bila budak2 yang fresh masuk, aku tanya...macam mana diorang dapat kerja...jawapannya, Bapa saudara pengarah, kejer kat HQ, sepupu sepapat adik, kakak, abang....kalo macam tu, semua orang boleh jadi adik beradik aku yang bau2 bacang jer..hahahahahahah..

Sekarang semua aku serah pada takdir aku....Ikut suka la nak guna khidmat aku dalam jabatan ini ker tidak dah, aku dah give up...bak kata omputih...I Quit..I'm Done trying........

Comments

Popular posts from this blog

Aku, Dia Dan Volkswagen

4 Tahun Sudah