Wanita suka lelaki nakal..?


Soalan yang retorik "Antara lelaki skema dengan yang agak nakal. Mana satu lebih korang minat?" Jawapan yang jelas. Mestilah korang lebih tertarik kat lelaki nakal aka bad boy kan?

Apa barang kawan dengan lelaki skema. Lurus, bodoh-bodoh alang gitu. No sense of humor. Kalau buat boyfriend sekalipun mesti bosan kan?

Liana: Weh, Jasmey. Dengar cite Farid suka kat kau.

Jasmey: Euww. Apa class budak Farid tu. Skema macam tunggul kayu. Tak hingin aku.

Liana: Ye lerr. Kau kan suka kat si Kamil tu. Tapi, dia tu kan bad boy. Selalu ada masalah disiplin.

Jasmey: Hihi, itu la yang aku minat. Macho je dia kan? I like. Hihi..

Liana: Dah la, aku belah dulu. Gedik la kau..


Ini la masalah perempuan. Bila lelaki yang agak skema suka kat dia. Bulat-bulat direject [Friendzone] dengan alasan takde class. Pastu lebih suka kat lelaki yang nakal.

Lelaki nakal ni lebih menghiburkan. Tak boring bila dengan dia. Sebab tu jadi pilihan kebanyakan perempuan. Tapi, bila ditinggalkan. Ini kata perempuan:

Jasmey: Eee, Kamil tu jahat la. Aku salah cakap sikit pun dia lempang aku. 
Sakit tau. 
Pastu hari ni mintak putus pulak. Ee, jahat..!! 
Lelaki semua jahat..!!! 
Hey hey hey, aku tak percaya C.I.N.T.A..!!

Errkk, sudah. Semua lelaki pulak yang dipersalahkan. Yang kamu pilih si nakal tu pada awalnya siapa suruh. Dah tau dia bad boy. Tapi hang pilih jugak. Sekarang, padan dengan muka kamu. Yeah...

No offence, tapi dari apa yang aku perhatikan. Memang perempuan lebih cenderung tertarik pada lelaki yang agak nakal, yang suka usik dia.

Dah nama pun lelaki. Bab usik-mengusik ni memang part of his life. Melainkan dia tu lelaki skema. Tak reti dia nak kacau2 perempuan ni. Macam aku...

Tapi percayalah, lelaki skema tu lebih baik sebenarnya untuk dijadikan teman hidup jangka panjang berbanding lelaki nakal..


P/s : Janganlah menolak seseorang kerana dia skema.

Comments

  1. yg suka pilih badboy ni remaja je selalunya kot..takpun yg kertu tp perasan die tu muda remaja..selalunya untuk jadi boyfren je..jarang yg pikir untuk jangka masa panjang..aku rasa la..;p

    kalau pompuan dah matang die akan cari lelaki yg skema untuk dijadikan calon suami..bukan pakwe oke..tapi suami..

    ReplyDelete
  2. skema dgn badboy je ke ada?.. saya suka lelaki kelakar. skema + kelakar + matang ade? hahahaha :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aku, Dia Dan Volkswagen

4 Tahun Sudah