Dah Nasib Aku

Apa nak wat, seperti tajuk hari ini. ,memang dah nasib aku macam nih dah, kena terima jer lah. Orang lain pangkat makin naik, yang aku makin turun la pulak. Pada siapa aku nak mengadu..? Aku pun dah tak tahu lagi. Aku sudah letih ke sana, ke sini, macam seorang pengemis. Aku hanya berserah kepada Allah SWT.
Nasib baik la bulan Ramadhan nih aku dah kurang duit nak berbelanja. Bukannya aku boros, tapi macam aku kata tadi la, PANGKAT dah turun, maka gaji pun turun jugak la. Sedih la pulok. Aku tak tahu la nak kata macam mana, orang nak aniaya diriku ini ker....? Memula kata jawatan kontrak takkan ada untuk tahun ini. Memula aku tak boleh terima jugak..Prestasi aku agak menurun la 2 bulan lepas. Dah la dengan gaji tak masuk. Bayang la kerja tanpa gaji. Siapakah yang akan ada semangat nak bekerja...? Tapi mujurlah KESUKA bagi pinjaman wang ehsan sebanyak RM 1000.00 boleh jugak aku bayar hutang kereta dan hutang-hutang lain lagi.

Lepas jer semangat aku pulih, aku dikejutkan dengan berita, bahagian SMP [FAMA] akan dinaikkan jawatan mereka kepada kontrak, mau aku tak angin satu badan aku. Perasaan marah aku nih membuak bagaikan lava bukit berapi. Aku tak marah pada orang yang dinaikkan jawatan ke kontrak tu, aku marah pada orang HQ yang wat kerja macam nih..Kata tahun nih takda kontrak tiba-tiba jer ada orang naik kontrak dalam tahun ini jugak..Aku tak paham diorang nih buat kerja macam mana.

Pernah jugak aku nak meletak jawatan, tapi dihalang oleh sahabat aku..Aku memang dah sakit hati yang amat..Dan sekarang aku sedang mencari pekerjaan lain..Dulu masa kontrak aku mintak kerja dengan FAMA tak dapat la pulok..Tetiba diorang wat pada aku macam nih..Memang nasib aku dah macam nih..

Dendam...? takda masa aku nak berdendam dah la, aku terima sahaja dugaan aku sekarang ini..Cuma masa jer dapat menentukan segalanya nanti....

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aku, Dia Dan Volkswagen

4 Tahun Sudah