Kursus lagi

Pada hari Isnin bersamaan 04/10/2010, saya akan menghilangkan diri buat sementara waktu dari duni siber ini selama 2 minggu kerana menghadiri Kursus Veteriner di Cheras. Harapan saya agar kawan-kawan tidak merindui diri saya ini. [hahahahahaha] Sapa la nak rindu kat aku nih...? Aku nih sebenarnya dah lebih dari layak untuk menghadiri kursus yang wajib untuk kakitangan awam. Orang lain dah 7 hari kursus sudah cukup, aku tahun nih saja dekat dengan 22 hari aku kursus, menghampiri rekod yang dicipta oleh aku pada tahun 2009 30 hari.



Tapi apakan daya aku, bila bos arahkan, mesti la aku menghadirkan diri, tidak pernah lagi aku mengelat dari menghadirkan diri. Yang aku sedih sangat tu, aku hanyalah pekerja sambilan yang boleh dibuang begitu saja, kenapa aku pula yang kena hadir kursus ini. Alahai bos2 sekalian, pandanglah pekerjamu yang berdedikasi ini.

Aku hanya mahukan keadilan sahaja, tidak lebih dari itu, tapi aku hanya boleh bersuara dalam blog sahaja, bila aku bersuara secara lantang, mereka akan marah aku, dan berkata "Bukan rezeki kamu lagi" . Oooooi, bertahun aku mintak kamu tak bagi, bagi jawatan kepada sekutu2 kamu yang belum tentu boleh dibuat kerja. Aduh, bila prestasi jatuh, kerja tak boleh nak jalan, kami yang sambilan dan kontrak di marah. Hello, kitaorang mana boleh buat kerja penguatkuasaan la. Kata belajar undang-undang, Ijazah semua ada, tapi otak tu tak nak guna dijalan yang betul.

Kepada bos2 sekalian, takpe saya tetap menghadiri kursus tersebut atas dasar mematuhi arahan. Janganlah risau, saya tidak seperti mereka2 yang tetap yang sentiasa memberi alasan yang tak masuk akal untuk tidak menghadiri kursus.

Comments

Popular posts from this blog

Aku, Dia Dan Volkswagen

4 Tahun Sudah