Tahun 2011 sudah

Aik..masuk tahun 2011 dah ker [cewah wat tak tahu pulak]. Dah dekat nak dapat gaji sudah baru aku perasan...? Saja jer aku nak bergurau senda kat sini. Banyak projek 2010 tak dapat dilaksanakan oleh aku kerana kekurangan alatan yang bersesuaian. Komputer aku kekadang hang...jadi setiap projek yang aku wat pasti tergendala.
Tahun nih aku dah masuk 27 tahun sudah, tapi apa pun aku tak tercapai la. Nak g bercuti pun tak sempat masih tertangguh dari tahun lepas lagi. Mungkin tahun nih terlaksana kot, kamera sudah ada...baru syiok p bercuti. Geng pon dah ada. Kalo kat Penang tak nak ikut...aku dah ada geng lain dari negeri berdekatan nak join..

Projek stopmotion pun tak berjalan lagi pasal kes komputer. Aku ingat nak sambar laptop sebijik bagi kerja aku senang, tapi berdasarkan akaun aku sekarang, gamaknya tangguh la dulu. Banyak benda aku nak beli la. PS3, handphone Acer Liquid E, minyak hitam kereta, timing belt pon tak tukar lagi, kamera DSLR. Alamak, macam mana nih. aku hari tu diberi cuti bertenang selama 2 minggu. Heheheh tak yah la nak citer kat sini pasalpa aku diberi cuti itu, wat semak kepala otak hangpa jer dengan masalah aku [tu pun kalo ada orang baca].

Time aku menaip blog ini, aku sedang gunakan pelayaran Opera 11, macam best jer aku tengok, laju pun laju la jugak siap dengan ada turbo booster lagi. dasat btul Opera nih. Dulu aku ada pernah pakai Opera 111 nih, tapi time tu tak best sangat. sekarang aku rasa macam kagum jer...siap dengan ringan lagi. kalo nak try search la dalam Pakcik Google tu. mesti ada

Tahun nih aku rasa aku nak update dengan lebih kerap lagi blog aku nih, pasal tahun nih aku ada kat FAMA, so banyak la benda yang aku leh cerita. Dulu kat pelabuhan...benda yang aku leh citer kat pelabuhan tu cuma kontena, kontena, dan kontena jer, satu lagi PM, kah3...tak terpasal jer nak citer benda tu kat hangpa...bukan hangpa maw amek tau pasal dunia Pelabuhan ini.

Comments

Popular posts from this blog

Aku, Dia Dan Volkswagen

4 Tahun Sudah