Budaya mengangkat tangan

Yeahhh....artikel ini ditulis sehari selepas aku pergi beraya + kenduri di rumah tok sedara [Tok Menakan] aku di Pendang Dalam Kedah. Tok menakan aku nih pon memang best wat kenduri time raya dan time tu plak hari merdeka. Memang ramai la datang, boleh kata hampir semua dari adik beradik abah aku pergi jugak ke sana. Biasa la orang dok kampung, jalan kat kampung mesti la sempit [sapa dok kampung taw la hal nih.]

Jalan mini tar tu memang kecik, cun2 jer sebijik kereta nak lepas lalu. Dah la time tu aku bawak kereta orang. Bwahahaha. Kereta baru harus dibawak. Yang aku sakit hati sangat tu, time selisih tu, dah la aku bagi ruang, haram tangan tak angkat menandakan terima kasih. Maw terbakar la hati aku. Nak jer aku langgar bagi jatuh dalam sungai jer kereta dia tu.

Alal bukan kena bayar ker hapa, angkat tangan jer memandakan terima kasih ker apa ker. Nih dak, dah la wat tak taw jer macam la dia tu menteri besar ker apa. Mana la adab kita...? Aku kalu, kalo orang bagi ruang atau jalan ker mesti aku angkat tangan kat dia tanda terima kasih.

Ada plak kes time aku angkat tangan dia tak tengok pon, tu pun sama jugak. Apa la, mana budaya hormat menghormati kita la...? Aku pon tak paham dengan orang sekarang nih...? Ker orang kita nih memang tak ada perasaan dah kot...? Bwahahaha, kalo nak sepak boleh dak...?

Comments

  1. boleh! bagi je penyepak sedas..ahaha..

    aku pun cukup nyampah org yg tak reti nak berterima kaseh kalau kita dah bg laluan nih..berat sangat kot nak angkat tangan tu..kalau pemalas sgt tengok dan senyum kat kite apa la susahnye..coii! takde adab betol org skang ni..(-_-")

    ReplyDelete
  2. Boleh je sepak..generasi sekarang memang dah kurang adab dan hormat..he he

    Tak apa lah kan..yang penting kita tak hilang adab dan budi bahasa dalam diri kita.

    ReplyDelete
  3. aku nak rider kick semua yang takda adab

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aku, Dia Dan Volkswagen

4 Tahun Sudah