[[Aku Dan]] Raya

Waaa....kejap jer rasa raya tahun nih...Hari Raya Aidil Fitri telah jatuh pada hari Selasa, bersamaan 30/08/2011. Dan secara seriusnya raya tahun ini aku tak pergi mana pon pada hari pertama tu. Dok kat umah dan tidur jer. Aku rasa macam letih sangat la plak raya tahun nih. Rasa diri dah tua sangat kot sebab tu tak berapa nak feeling sangat raya tahun nih. Kawan yang mai ghumah pon amet jer. Terima kasih diucapkan kerana sudi datang.Time Amet sampai pon aku dah sipi-sipi jer lagi nak lena. Dengan bersinglet la aku melayan En Amet. Siap kena perli lagi dengan Amet, beserta sokongan padu dari emak aku. Malas nak melayan la perli2 tu. Yang nak raya bukan baju tu, aku jer yang nak raya kan. Bwahahahaha. Tahun nih pon harap seluar jer baru, sliper lak free bila beli seluar.

Siang tidur, maka malam la baru aku menjalankan aktivi-aktiviti berjumpa dengan kawan-kawan yang pulang ke kampung halaman untuk beraya bersama keluarga tercinta. Malam raya pertama tu g melepak rumah Khalid kat Kampung Setompok. Dijamunya aku dengan kue tiaw goreng dengan air sunquick. Memang terbaik la dari Khalid. Masa aku nak bertolak tu, Syapit ada la call nak mai ghumah aku. Disebabkan aku nak keluar, aku suh dia singgah kat ghumah Khalid jer. Siap bergaya dengan moto baru tu Syapit [Kawasaki Ninja 250] sampai plat moto belakang patah pon tak sedar.

Kat ghumah Khalid, masa aku sampai ada la, Yon, Nurril, Man, [syapit sampai sama dengan aku] Mat Is plak lambat. Sempat la berborak sampai jam 1.30 pagi. Pelbagai topik yang dibualkan. Topit paling hot, "Bila la hang nak kawen..?" Bwahahahaha nak menjawap soalan tu agak sukar la bagi aku. Yang lain pon dok menepis la jugak.

Rasa aku la, time dewasa nih macam tu la kot raya, takda la macam dulu-dulu collect duit raya. Dulu masa aku raya memang besar rahmat la kalo raya dapat singgit tu, sekarang nih, HUH, budak2 demand tinggi la plaks..Duit raya mintak lebih-lebih. Apa la, setakat mana mampu, yang tu la duit rayanya...takda adab budak-budak sekarang. Mai raya bukan nak masuk menyembang ker, apa ker, taw nak duit jer. Memang dasat budak zaman sekarang, dulu, kami masuk siap makan lagi. Nak duit raya punya pasal.

Ada laks kat area ghumah aku bawak budak siap dalam kereta tolak lagi, dasat keluarga, nak dapat collection lebih ker...? Ada lak yang tak salam semua cukup amek duit raya siap blah macam tu jer. Boleh dak kalo aku nak bagi rider kick jer....?

Comments

  1. ohohohoooho.. ya ka aku sorang ja yang mai rumah hang?... aahhahhahhaha... biskut mazola ada lagi?.. kalau ada aku nak pi lagi.. ngahahahhahahha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aku, Dia Dan Volkswagen

4 Tahun Sudah