Teruna dan Dara? Masih ada Radikalnya,,,?


Artikel ini berat sebelah kepada kaum lelaki.
So jangan dok bunyi...Memang ditulis oleh kaum lelaki..so kena la berat sebelah...

Wujud seorang lelaki yang budi pekertinya boleh dikatakan sopan.Tidak pergi clubbing,tidak togak,tidak main wanita. Kemudian lelaki itu berkenalan dengan seorang perempuan di tempat kerjanya. Anggun, ayu dan manis bertudung. Baik budi pekertinya dan indah budi bahasanya. Jatuh sudah hati si lelaki itu melihat wanita yang menghampiri erti kesempurnaan, pelengkap kepada kehidupannya yang keseorangan, tidak berteman kaum hawa.

Ikatan cinta dikembangkan menjadi pertunangan dan kemudian tiba hari ditabal raja sehari,berdebar-debar si lelaki menantikan apa yang bakal terjadi bila malam pertamanya. Sudah berdebar jantung dan berombak jiwa memikirkan bertuahnya badan mendapat seorang isteri yang baik dan indah pada pandangan matanya.

Malam menjelang tiba,si isteri menunggu di kamar tidur,si suami berdiri di luar pintu mengunyah chewing gum memastikan semuanya berjalan lancar.Pintu ditolak,salam diberikan,"Assalamualaikum isteri abang." (Ayat2 gedik sket) dan kelihatanlah si isteri tadi duduk di atas katil.

Menangis teresak-esak, kemudian mengakui dirinya tidak berdara lagi.

Benda sebegini sudah terlalu kerap berlaku dalam masyarakat kita.Memang dalam agama pun sudah termaktub yang lelaki baik itu untuk perempuan baik tetapi,bagaimana pula dengan kaum lelaki yang tidak bernasib baik seperti kisah di atas? Adakah perempuan itu perempuan baik? Ya.Tetapi ada kisah hitam yang pernah terjadi ke atas dirinya, mengubah haluan hidup membantu meluruskan jalan yang dipilih sebelum ini.

Aku pernah baca dalam paper mengenai dilema seorang gadis yang sudah pun ditebuk tupai dan takut jika bakal suaminya akan menceraikan dia jika si suami dapat menghidu kegiatan masa lampau si isteri.Nasihat "Pakar kaunseling" itu, rahsiakan saja daripada pengetahuan suami untuk kebaikan semua. Tapi sanggupkah untuk menipu suami anda selama-lamanya..?

Tapi bagaimana pula dengan gadis-gadis yang menipu bakal suami mereka? Golongan-golongan yang mengatakan diri sendiri masih suci padahal entah berapa puluh kali menongkah bahtera hawa nafsu.Adakah adil kepada si suami jika bakal isterinya menutup kelemahan dirinya? Mana letak otak da...?

Dalam hidup aku,aku ada 2 kawan yang dipermainkan wanita.Satu,ditinggalkan sehari sebelum majlis akad nikah,si gadis lari dengan orang berduit naik ke Cameron Highland dan yang kedua, terpaksa memutuskan pertunangan 2 minggu sebelum kahwin kerana terserempak dengan tunangnya bermesra dengan lelaki lain padahal waktu itu tunangnya kata dia kena outstation. Dan aku dah nampak bermacam jenis perempuan yang luarannya indah tetapi setiap malam dahagakan seks. Habis projek keluar bilik pakai tudung dan buat-buat muka tak bersalah jer, macam biasa, tersengih-sengih macam kerang busuk padahal baru sebentar tadi kedengaran katil bergegar-gegar [Ganaih Eh]. Bwahahahahaha

Kaum hawa boleh mengatakan lelaki memang nakal sifatnya.
Tetapi,katakanlah anda lelaki,menjaga keterunaannya, apa tindakan anda jika mendapati isteri anda sudah pun mempunyai love bite sebelum anda melakukannya sendiri?Jika anda perempuan,adakah anda mampu mengakui diri anda sudah tidak berdara lagi, dengan harapan agar anda dapat dimaafkan suami dan diterima seperti sediakala?

Adakah masyarakat Melayu yang penuh adab sopan santun sekarang ini sudah tidak pun mementingkan dara dan teruna? Ataupun desakan rakan sebaya yang memandang rendah diri anda yang tidak pernah beromen dengan wanita atau tidak pernah dicium lelaki membuatkan anda hendak juga mencuba sesuatu yang sebenarnya anda tahu salah?

Orang Melayu suka ikut trend dan trend zaman sekarang ini anak dara dan anak teruna sudah terlalu kolot dan rendah tarafnya.Mungkin sebab itu kita makin segan ingin mengaku diri kita anak dara dan anak teruna lagi.

Malu kena kutuk dengan kawan2 punya pasal.Bagi je la boifren hisap dada. Alang-alang, bagi aje lah semua. Asalkan boleh mendabik dada. Berbanga dengan kebodohan

Entah aku pon tak tahu nak cerita kot mana lagi la. Kalau Allah SWT nak menguji aku dengan hal yang demikian, aku tak tahu macam mana nak handle la. Pasal aku tak pernah hadapi lagi pon...

Comments

Popular posts from this blog

Aku, Dia Dan Volkswagen

4 Tahun Sudah