Aku dan Membe FB

Kisah nih berlaku semalam semasa aku telah selesai menikmati Nasi Kandar Pelita di Bukit Mertajam. Ketika sedang rancang berbual, telefon pintar aku pon berbunyi. Panggilan dari En Azlan.

Azlan : Weh, hang ada dak kawan2 yang boleh printing baju?
Akuma : Aku rasa ada nanti aku kompom balik dengan hang.

Lalu dengan pantas aku call En Is. Dulu dia ada la hantar message kat aku time dekat dengan raya.

Akuma : Assalamualaikum, nih Is kan...?
Is : Waalaikumsalam, Ya bercakap, Sapa tu di sana?
Akuma : Aku nih Joe.
Is : Joe mana..?
Akuma : Joe kawan Ajin.
Is : ....................

Biarpon rasa macam dia tak kenal aku dan aku tak kenal dia, di otak ku bermain cara untuk aku memastikan dialah Is yang aku cari dan aku telah dapat Idea...

Akuma : Nih Is Kain Kapan kan..?
Is : Ha betul la...Nih Joe mana tak tau...?
Akuma : Aku Frause D Ginrai.
Is : o0o0o0o0 haaa awat joe...

Dan perbualan yang selanjutnya tu tak yah la aku nak wat dialog kat sini kot...

Apa yang aku rasa best kat sini adalah kita dapat mengenali orang yang kita kenal dari Nickname dalam FB dari nama sebenar. Dah berkali jugak lah aku jumpa kawan2 aku yang dalam FB yang aku mengenali mereka tetapi mereka tidak mengenali aku. Sebab aku jarang menggunakan profile picture gambar aku sendiri...Lagipon orang lain mana la nak belek profile picture aku. Aku jer yang rajin belek profile picture orang.

Ada sekali la dulu masa aku g Up town Bandar Perda, dan tak tahu dari arah mana, ada orang menjerit nama aku. FRAUSE D GINRAI. Memusing jugak la aku mencari orangnya, Tapi sayang, aku tak jumpa jugak. Aku rasa tu memang kawan2 yang rapat dengan aku. Kenal nama itu.

Ada la seorang budak kejer sama jabatan dengan aku, tapi aku jumpa dia kat luar, siap aku sebut nama penuh nickname FB dia, still dia tak cam aku [Aku sebut slow saja, aku rasa dia tak dengar pon]. So aku pon berlalu jer. Keesokkan hari baru aku bagi taw dalam FB yang aku selisih dengan dia...Dia siap marah aku lagi. Alamak. Semua tengelam punca ja nanti. Ala nanti dia akan jumpa aku jugak..Satu jabatan, mana nak lari sangat.

Comments

  1. fariedzal, frause, joe, abang joe..suma aku kenai..hang la org tu..ahaha..

    ReplyDelete
  2. ada lagi nama yang hang tak kenai aku dalam internet Cik Sha....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aku, Dia Dan Volkswagen

4 Tahun Sudah