Patut ker aku gelak pasal cerita ni..? Dulu aku gelak la...Sekarang aku dah tak gelak...Pasal pa..? Pasal Salah satu kereta tu dah aku bawak dan milikinya...Keh....
Dengar nama pun aku dah naik seram...hehehehe..cerita ini takda kena mengena dengan aku pon. Dan adalah ditegaskan bahawasanya itu adalah satu tajuk komik dari majalah Ujang pada satu ketika dulunya. Kartunisnya Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar. Dan ke mana menghilangnya En Ubi ini aku tak tahu. Blog dia pon dah lama tak aktif. Mungkin merajuk dengan keadaan semasa di Malaysia ini.
Ini adalah lagu yang sedang melekat dalam otak aku, aku rasa dekat 1 bulan lebih dah nih dok dalam otak aku. Semuanya gara2 En Amet yang memberikan aku cerita 101 Proposals. Lagu ini merupakan lagu tema untuk cerita itu. Serius, tiap kali pagi-pagi time aku nak bersiap pergi kerja, aku mesti mainkan lagu nih kat handphone android aku sambil-pakai baju. Siap menyanyikan lagu ini dalam versi Jepun. Oh, aku memang terrer la bahasa jepun.
Sekarang dah nak masuk 7 tahun aku bekerja di Jabatan aku sekarang dan masih lagi berstatuskan kontrak. Aku rasa kalau aku kawen masa aku masuk kerja kat sini, anak aku dah nak masuk darjah satu dah sekolah. Berapa lama la aku sudah menanti peluang yang tak bisa kunjung tiba. Aku rasa kesabaran aku sudah menghampiri kemuncaknya. Berapa lama lagi aku boleh tahan...? Segelas teh tarik ketika waktu hujan, termenung aku mengenangkan nasibku yang tak ke mana.
Comments
Post a Comment