[[Aku Dan]] Puasa ketika masa lampau

Perghhh..Baca tajuk pon aku dah seram, macam aku nih hidup beribu tahun la plaks. Memandangkan sekarang nih kita berada di bulan Ramadhan, aku nak cerita la sedikit sebanyak pengalaman aku di bulan Ramadhan time aku kecil dulu [remaja kot]. Ada yang baik, ada yang nakal, dan ada yang jahat sesungguh kot. Biar jadi pengajaran sama pada aku, dan orang yang membaca blog aku ini.

Gambar ini masa kat N9 kursus selama 3 minggu


Macam biasa la, kalo masuk jer 1 Ramadhan tu, makan sahur aku dan family, mesti tomyam punya. itu jer benda yang boleh makan time mata sedang kuyu, celik pon setengah jer, pasal mengantuk sangat. Makan pon ala kadar jer pasal, sapa la boleh makan time mengantuk tu...? Hari pertama puasa, biasa la, letih tak terkata la time budak. Jam kat dinding tu, setiap 15 minit mesti tengok, dan kata dalam hati, "oh, lambat lagi la, tak tahan nih". Memang rasa masa tu lambat sungguh bergerak, rasa macam Jam kat dinding tu main2 dengan aku ja. Pastu kalo time berbuka ada jugak aku menangis. Pasal lapar sangat dah time tu. Tapi nih kisah masa kecil la. Time ini aku kat Tanjung Dawai.

Nih plak time aku dah pindah ke Pulau Pinang. Kira dah meningkat remaja dah time nih. Kebiasaannya, malam Bulan Ramadhan, orang akan sibuk ke masjid dan surau untuk menunaikan solat Terawih. Tapi aku dan kawan-kawan aku yang lain, sibuk bermain aci ligan [main kejar-kejar (atau amir kata Aci Kejar)]. Yes, memang kami main time malam. Dan seperti yang diketahui ramai, aku berbadan SASA. [[kah3]] Dan aku la yang selalu kena tangkap dulu. Time tangkap orang lak, mesti aku susah nak tangkap. diorang lagi dengan membawa bebanan yang ringan. Aku bawah muatan lebih, mana nak kejar.

Tapi sudah beberapa hari bermain, maka aku merangka strategi baru, berpakaian gelap time main aci ligan supaya aku boleh menggunakan kegelapan malam sebangai sahabat aku. Dan ternyata teknik ini berjaya. Semua pengaruh dari cerita2 tentera orang puteh yang aku slalu tonton kat TV...Skill stealth yang amat berjaya. Aku akan menyorok kat mana2 tempat yang gelap untuk menyorok dari di tangkap oleh pihak lawan. Skill yang sama jugak time aku ligan orang. Aku akan menyorok kat mana saja yang gelap. Time tu, semak samun mana tak redah. semua main masuk ja. Dalam hati dok pikir, mana ada hantu time posa nih. Yang binatan2 buas dan berbisa tak fikir lak. Tu La otak budak2

Gamak dah besar skit, dok main jugak aci ligan tu, tapi jarang2 pasal dah mai penyakit meriam kabat. Yeah..Sapa tak pernah main meriam bukan anak jantan la weh. Macam2 versi meriam yang ada kat malaysia nih. Meriam buluh, meriam besi, meriam tanah, dan meriam katak yang nih jer aku tahu. Tapi aku main yang tiga kemudian tu. Meriam buluh malas nak buat, Miang. Apa lagi time tu. Asal lepas solat 8 rakaat ja bergegas ke hutan kelapa sawit untuk melancarkan serangan meriam ke kampung lawan. Memandangkan geng kampung aku ada la dalam 8 orang yang btul2 kawtim [temasuk adik-adik aku] maka kami ada 4 meriam tanah, 3 meriam katak dan satu meriam besi. Killer kami mesti la yang satu tu. Meriam besi. Siap dengan bergegar kampung. Ada satu kali tu kami lari lintang pukang pasal orang kampung dengan polis mai cari dalam kelapa sawit. Meriam besi di bawa lari, yang meriam tanah tanam terus, Meriam katak tak cam sangat pasal guna tong cat.

Baru-baru ini adik aku balik, aku tanya dia mana meriam besi yang pernah menjadi lagenda kampung tu. Adik aku pon tak dah tak ingat kat mana dia simpan meriam tu. Hahahaha aku dok panas pasal budak2 kampung dok main meriam tu. Mereka tak tahu lagi lagenda Meriam Besi aku. Meriam tu kami amek dari tiang kat rail keretapi yang dibuang [Kami tak curi, kutip yang orang buang ja]. Ini la antara kenagan aku yang aku rasa best time bulan Ramadhan. Nanti aku ada masa aku cerita lagi. Tak habis lagi nih.

Comments

  1. Hohohohohohohoho... best2... aku ada kenangan gak... tapi tamau cita pasal meriam.. takut2 ayah aku terbaca blog hang.. ngahahahhahaha...

    benda paling aku tunggu time bulan posa dulu2.. ialah aktiviti main gendang soq... tau ka?... tak tau kalu nanti aku citer dalam blog... ngahahhahahaha [ kalau rajin la.. ]

    (best joe.. best.. nie bleh dijadikan details utk skrip TWDAIN)

    ReplyDelete
  2. aik...ayah hang pon baca blog aku ka...?

    ReplyDelete
  3. ahahhahhaa.. ayah aku adalah misteri.. tak bleh jangka gak blog sapa dia nak terjah.. huhuuhuhuhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aku, Dia Dan Volkswagen

4 Tahun Sudah