Dengar nama pun aku dah naik seram...hehehehe..cerita ini takda kena mengena dengan aku pon. Dan adalah ditegaskan bahawasanya itu adalah satu tajuk komik dari majalah Ujang pada satu ketika dulunya. Kartunisnya Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar. Dan ke mana menghilangnya En Ubi ini aku tak tahu. Blog dia pon dah lama tak aktif. Mungkin merajuk dengan keadaan semasa di Malaysia ini.
hari ini dengan secara tiba2 selepas aku balik kerja…parking kereta kat luar, salin baju, tanya mak "Mak nak makan roti John ker?" dan aku pon berlalu membonceng motosikal EX5 aku ke bazar ramadhan Tasek Gelugor…
Comments
Post a Comment