Sesuci hati LELAKI

Lelaki…..Insan yang dijadikan oleh Allah SWT sebagai ketua, pemimpin dan pelindung untuk kaum hawa. Namun bagi sesetengah insan Hawa berpendapat lelaki adalah perosak,tidak bermoral dan penipu. Sehingga ada insan Hawa sanggup mempermainkan hati seorang lelaki walaupun lelaki itu ikhlas dengan kaum Hawa

Benar ada sesetengah kaum Lelaki tidak menghargai keikhlasan hati kaum Hawa.Ada yang menganggap kaum Hawa hanya sebagai pemuas nafsu, ada yang beranggapan kaum Hawa ini seperti barang permainan yang boleh di buang bila tidak di perlukan dan kembali bermain bila di perlukan.Malahan ada juga beranggapan kaum Hawa ini tempat untuk melepaskan geram.Sikap sebegini menyebabkan ada sesetengah kaum Hawa tidak menghargai dan mempercayai kaum Adam.Ada juga sesetengah kaum Hawa sanggup mendua atau mentigakan lelaki. Bukan dongeng tapi kebenaran.Sikap sebegini mungkin juga ketidakpuasan hati kaum Hawa kerana mahu bersaing dengan kaum Lelaki yang boleh berpasangan lebih daripada satu sehingga satu tahap mereka terlupa akan hukum Allah SWT.

Walaubagaimanapun tidak semua kaum Lelaki tidak menghargai kaum Hawa. Malah berani saya katakan kebanyakkan lelaki zaman moden ini sanggup melakukan apa saja demi menghiburkan dan memikat hati sang Hawa. Daripada hadiah yang mahal sehingga ‘Candle Light Diner’.Betul ada pandangan menyatakan wang dan harta benda bukan ukuran kasih sayang tapi berapa ramai lelaki sanggup bersikap romantis dan membuang ego kerana perempuan. Berani katakan di sini wanita zaman sekarang lagi ego daripada lelakiLelaki sanggup membuat apa saja demi menjaga hati dan perasaan gadis atau perempuan yang di inginkan.


Sebagai contoh pasangan suami isteri zaman sekarang.Si suami sanggup menjaga anak-anak atau menjadi ‘babysitter’ walaupun si suami bekerja dek kerana hanya ingin melihat kerjaya si isteri terus maju dan seterusnya membantu menambahkan pendapatan keluarga.Walaubagaimanapun masih ada isteri tidak menghargai pengorbanan jasa si suami sehingga ada yang sanggup menyuruh si suami menjadi ‘suri rumah’ sepenuh masa. Adakah itu melampaui batas? Bukankan Allah mengatakan Si suami yang perlu mencari nafkah bukan si isteri. Sesungguhnya benar wanita zaman sekarang wanita yang berpelajaran dan bekerjaya namun hukum Allah telah di susun sesuainya.

Tahukah kaum Hawa berapa ramai lelaki yang menangis kerana putusnya satu perhubungan? Memang ramai perempuan yang menangis apabila putus hubungan walaupun hanya ‘couple’ tapi lelaki menangis siapa yang peduli??? Walaupun Allah menyatakan hati seorang perempuan selembut kapas salju namun hati lelaki boleh jadi lebih lembut daripada hati perempuan. Pernahkan anda melihat lelaki menangis tanpa sebab???Sukar sekali. Lelaki menangis kerana hatinya betul-betul tersentuh, hatinya betul-betul di lukai, dan kasihnya terhadap perempuan di bahagi-bahagikan.



Sekiranya kaum Hawa susah nak melupakan cinta sejati apa kurangnya lelaki. Cubalah tanya mana-mana lelaki di dunia ini adakah dia masih ingat Cinta pertama mereka atau gadis pertama yang mereka minati walaupun cinta tidak kesampaian.Boleh di katakan 70% daripada mereka akan mengatakan ‘Ya saya masih ingat’..Sekiranya lelaki itu seorang lelaki yang sejati memang susah untuk mereka melupakan gadis yang mereka minati walaupun hubungan itu hanya separuh jalan saja.Sukar untuk mereka untuk mencari pengganti .Tidak seperti kaum Hawa sekiranya hari ini terputus hubungan maka dalam masa seminggu saja ada jejaka lain yang akan datang di hati mereka.Tapi masih ada perempuan yang tetap setia akan pasangan mereka walaupun mereka telah terpisah.

Hidup hanya sekali, jadi jujurlah dalam satu perhubungan.Sekiranya hati perempuan mudah tersentuh bagaimana pula hati lelaki. Masing-masing fikirkanlah.Hargai pasangan kita, kerana Cinta itu suatu yang indah. 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aku, Dia Dan Volkswagen

4 Tahun Sudah