Damn...sedih jugak kalo aku tengok cerita nih....nak taip balik malas, so aku upload la yang aku dapat dulu terus dari gambar...Kisah yang menyayat hati betul...
Dengar nama pun aku dah naik seram...hehehehe..cerita ini takda kena mengena dengan aku pon. Dan adalah ditegaskan bahawasanya itu adalah satu tajuk komik dari majalah Ujang pada satu ketika dulunya. Kartunisnya Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar. Dan ke mana menghilangnya En Ubi ini aku tak tahu. Blog dia pon dah lama tak aktif. Mungkin merajuk dengan keadaan semasa di Malaysia ini.
Mungkin aku bukan seorang blogger yang serius..kerana aku telah tinggalkan blog aku bersawang selama 2 tahun lebih kurang. Sebab2nya, aku takda komputer kat opis aku, umah aku takda tenet. Dulu harap broadband pon. tapi memang aku tak leh nak blah.
Tetiba hampir 4 tahun aku tinggalkan blog ini aku kembali membukanya. Sebab utama adalah bila Lan mula bercerita tentang blog2 yang kami buat masa time kegilaan blogging. Dan satu lagi tak tentu arah aku pergi ushar2 blog membe aku Shada. Lama jgk la dia tak pos enteri baru dlm blog dia tu, Banyak dah berlaku selama 4 tahun yang berlalu tu, Aku sudah berumah tangga. Benda yang mungkin aku rasa aku takkan dapat lakukan sebab aku amatlah malu dengan perempuan. Isteriku adalah seorang wanita yang aku kenali masa aku belajar di Negeri 9. Aku bahagia sekarang. Kisah2 lama aku dulu aku still ingat macam mana ditolak oleh wanita. Sebab aku jenis direct tanya nak kawen ke tak. Sebab aku rasa bercinta masa sebelum kawen, nak kenal hati budi nih lambat sangat makan masa. Tu nampak ambe shake hand ngan tok kadi tu. Sebenarnya aku slalu taip blog cerita yang berpusing. Dari utara ke selatan, Takda kena mengena antara satu sama lain. Aku menaip apa saja yang bermain di minda ini.
Comments
Post a Comment