Perginya seorang lelaki

Tanggal 25/07/2011 menjadi satu tarikh yang akan aku kenang sampai bila-bila. Ini kerana pada tarikh itulah, datuk aku, Harun Bin Ahmad telah kembali ke rahmatullah setelah 4 minggu keluar dari hospital. Aku hanya sempat menjaganya ketika aku bercuti sahaja, bukan aku tak mahu menjaganya, Al maklumlah kerja aku menghalang aku dari bercuti dengan lebih lama.

Ibu dan adik aku menjaga datuk aku semasa dia sakit, Aku cuma driver jer menghantar dan mengambil mereka pulang selepas semingu berada di sana. Ibu pergi selang seminggu. Sebenarnya aku dah apply cuti pada hari khamis 28/07/11 semata2 untuk balik kampung.Apa boleh buat, Allah lebih menyayangi beliau.

Aku mendapat panggilan dari adik aku pada jam 10.45, tapi sebelum itu sudah ada 2 miscall, aku tak sempat mengangkat kerana sedang melakukan proses pembuangan dalam bilik air. Kami sekeluarga bertolak dari Pulau Pinang 1.00 pagi dan tiba di kelantan lebih kurang jam 6.00 pagi. Betapa peningnya kepala aku masa bawak kereta. Tapi kena gagahkan jugak pasal nak bagi sampai.

Aku masih lagi terasa pemergiannya. Sekarang aku sudah takda datuk lagi kat dunia nih, harap nak menumpang datuk orang jer la. Al Fatihah la kawan2 dan sedekah kat datuk aku, Harun Bin Ahmad

Comments

  1. takziah..semoga roh beliau dirahmati Allah..semoga hang juga tabah hadapi segala dugaan yg datang ni..aku faham perasaan hang..sebab aku pun dah alami 3 tahun yang lalu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aku, Dia Dan Volkswagen

4 Tahun Sudah