Cerita Seorang Lelaki


Sekarang semua orang tahu
Tentang hati dan perasaan aku
Setiap saat yang berlalu
Kupejam rapat mataku
Di dunia realiti ini
Kita akan bertemu lagi
Dengarlah suara hatiku ini
Dari siang ke malam

Hari esok akan membawa aku pergi
Jauh dari kampung ini
Dan tiada siapa yang akan mengingati namaku
tapi tulisan ini tetap akan berada di sini
Hari esok tetap datang
Membawa pergi ketakutan hari ini
Ia tetap akan pergi

Hanya satu bermain difikiranku
Lagenda seorang lelaki yang berani
yang tinggal jauh dari sini
Masa untuk aku telah sampai
tiada siapa yang akan bertanya namaku lagi
Hanya penglipurlara saja yang mengetahui
Namaku ini

Janganlah takuti kegelapan
Kerana aku masih wujud
Dalam fikiran dan hati para sahabat
Pejamkan matamu
Dan engkau dapat melihat aku

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aku, Dia Dan Volkswagen

4 Tahun Sudah