Perasaan Aku

Mengeluh bukan caraku….namun dikala ini, tiada apa yg aku mampu lakukan…terasa diri sungguh tak berguna. Sesungguhnya, berat benar dugaan yg Tuhan berikan padaku. Ya ALLah, berikan aku kekuatan utk aku menempuhi dugaanMu ini. Berikan aku semangat utk aku tabah hadapi kesulitan yg aku alami. Permudahkanlah perjalanan hidupku utk mencari redhaMu Ya ALLAH…
Seandainya hati ini boleh dibaca…pastinya ramai yg tahu duka yg berbuku…. Seandainya tangisan ini mampu merungkai segala…pastinya aku tidak lagi diusik sendu….

Kadangkala aku kepenatan…letih utk terus mengejar impian…namun aku gagahi jua..demi insan2 yg aku sayangi….moga mendung lekas berlalu….moga mentari terus menyinari….moga bintang terus menghiasi mlm….kerana di situlah aku bersandar harapan…bahawa aku masih disayangi yg Esa.

Bukan bererti aku pasrah menyerah…aku cuma berhenti melepas lelah..aku pasti akan bangkit semula…membina semangat dan keyakinan…utk terus mengejar impian..kerana aku percaya…ia bukan sekadar mimpi..

Aku tidak mungkin berhenti disini. jika di sini akhirnya….aku telah ditewaskan…aku kalah pada ujian yg menguji kesabaranku… demi masa depan…demi kehidupan..demi insan2 tersayang…aku harus…aku wajib….meneruskan misi.menguatkan iltizam….supaya aku tidak rebah lagi…aku mesti cekal…kerana insan2 yg aku sayangi amat perlukan aku utk menang dlm pencarian ini…

Datanglah bahagia…datanglah gembira..datanglah senyuman…datanglah ketenangan…datanglah kedamaian…kerana aku dambakan semuanya utk aku terus menjadi hambaNya yg bersyukur..

Tinggalkan aku wahai kedukaan…tinggalkan aku wahai tangisan….tinggalkan aku wahai kesedihan..tinggalkan aku wahai kemuraman…tinggalkan aku wahai kepedihan jiwa..kerana aku tidak perlukannya utk aku mengejar redhaMu Ya ALLAH…

Aku mencari damai dihati..aku mencari restu Ilahi…aku mencari kasih abadi….aku mencari masa depan seindah pelangi..namun di hadapanku masih kabut..masih kesamaran….masih suram…masih kelam..

Moga ada cahaya menanti hari esok…aku nantikan hari itu dengan penuh sabar..tanpa gentar akan ribut yg melanda bila2 masa…kerana kutahu aku tidak harungi hidup ini bersendirian..

Akan tiba waktu itu…waktu aku menganyam bahagia…waktu aku melipat duka yg akan mnjadi sejarah lalu…waktu aku menghitung hutang2 yg pasti aku bayar nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Aku, Dia Dan Volkswagen

4 Tahun Sudah