NMR : The Expendables


Uploaded with ImageShack.us

The Expendable merupakan filem terakhir yang akan dilakonkan oleh Sylvester Stallone kerana beliau menyatakan bahawasanya beliau akan meneruskan kariernya yang baru sebagai pengarah dan penerbit selepas filem Rambo 5[2008] dan Rocky Balboa [2006].
Boleh dikatakan filem The Expendables ini merupakan filem perang yang terbaik yang ditunggu-tunggukan oleh peminat Sylvester Stallone. Lagipun filem ini mengabungkan nama-nama besar di Hollywood seperti Dolph Lundgren, Jet Li, Steve Austin, Terry Crews, Randy Couture, Eric Roberts, Bruce Willis and Mickey Rourke.

Cerita sikit la spoiler kat korang nih, Kisah ini berkisarkan tentang tentera upahan yang akan melakukan apa saja untuk duit. Barney Ross [Sylvester Stallone] adalah ketua kepada Expendables ini. Tugas mereka menajadi mencabar setelah menerima tugasan untuk membunuh General Gaza yang memerintah dengan kejam di negaranya. Dia telah di upah oleh Mr Church [Bruce Willis] untuk menghapuskan General Gaza, tapi sebenarnya tugas yang lain perlu mereka buat. Spoil skit2 sudah ler, tak leh banyak2.

Dari apa yang aku perhatikan Filem ini, ada jugak part2 yang funny, lawak yang selamber dan keganasan yang terlampau la plaks aku rasakan. Ganas tu ketika bahagian penghujung cerita ini di mana berlakunya tembak menembak, potong memotong, bertumbuk, kalo korang cintakan kedamaian tak yah la gi tengok cerita ini.

Cerita ini aku bagi 8.5 bintang, so direkemen untuk ditonton [lagipun aku minat Sylvester Stallone nih]

Comments

Popular posts from this blog

Aku, Dia Dan Volkswagen

4 Tahun Sudah