Perubahan waktu lapang

Yeah...hari sabtu yang lepas aku, Is dan Lan telah berjaya menonton cerita The Expendables kat Megamal Pasific, kena pula hall 1 yang baru saja diubahsuai untuk dijadikan sebagai hall untuk filem 3D. Kerusi yang selesa. Aku lebih prefer tgk kat pasaifik kerana tempat duduknya tinggi, tak perlulah aku nak membongkokkan diri aku agar orang belakang dapat tengok filem dengan tenang.
 Selalu kami tengok wayang time siang jer, malam melilau ker, teman lan berniaga. Tapi memandangkan bulan Ramadhan, kami menghormatinya. Aku lebih selesa duduk di kawasan rumah ketika time puasa nih [Bila waktu siang jer la]. sebab, kalo aku keluar jer, tak jauh bazar ramadhan ker, maka kuranglah pahala posa aku, dok tengok orang jer [perempuan] orang akan kata senang tak yah tengok. jawapan aku, gila tak tengok, sekarang nih perempuan makin ramai kat muka bumi ini. bermakna kalo tak tengok tu tutup mata, macam mana nak jalan...? cari nahas ker.

So, kaedah aku dok rumah sampai bukak posa, g terawih, pastu baru keluar, hari tu pun pukul 10.30 baru aku keluar g umah is, amek Lan. Habis tengok wayang tu lepak2 dulu kat kedai mamak ABC corner tu, mengeteh la dulu. Lepak sampai kul 3 pagi kot baru rasa nak balik...Ingat Sahur jer, kalo tak sahur mau pukul 5 pagi baru aku balik rasanya.

Comments

Popular posts from this blog

Aku, Dia Dan Volkswagen

4 Tahun Sudah