Gaji....Oh Gaji...Di Mana Dikau

Semakin hari, semakin banyak dugaan yang aku terima, dan seperti tajuk ia mencabar kewarasan mindaku yang semakin kusut. Kagum atau tidak kalau aku katakan di sini, aku telah meminjam wang kelab aku sebanyak RM 1000.00, dan sehingga hari ini tak dapat aku membayarnya kerana aku masih lagi tak dapat gaji...hebat tak...? hebat la weh, Sepatutnya orang kagum dengan kehebatan aku hidup dengan berhutang. Aku rasa dah lama aku tak berhutang dengan orang. Semak terus, gaji bulan Julai nih pun akan digunakan untuk dibayar hutang, Tu pun susah la nak dapat. Macam2 onar yang menghalangnya.

Aku nak tanya la apa perasaan korang mendapati gaji korang tak masuk tepat pada waktunya..? Gusarkan...? Tapi sabar saja la, bulan Ramadhan nih tak baik nak marah-marah [kiranya dalam hati tu ada jugak marah] Pasal gaji nih, sapa tak susah hati, hutang kereta, hutang ASB, hutang beli barang2 rumah semua guna duit siot..Duit RM 1000.00 tu boleh la takkan nak hidup la, tapi saja la nak bagi taw gaji aku sekarang yang bakal aku dapat berbeza dengan gaji yang aku dapat dulu sebanyak RM 500.00. Wohoooo banyak beza tu...


Gambar ini mengambarkan perasaan aku dan rasa macam nak tembak jer [hahahah macam ada pistol la plaks] head Shoot la tepat ke dahi..aku rasa dah takda kena mengena dengan cerita aku nih dah kot... 

Comments

Popular posts from this blog

Aku, Dia Dan Volkswagen

4 Tahun Sudah